Prihatin Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan

PUTRAJAYA – Keutamaan pemimpin tempatan bukan hanya sekadar melihat kepada pembangunan dan pencapaian kecemerlangan masyarakatnya tetapi juga memikul amanah dalam memastikan keselesaan dan kestabilan mereka yang uzur dan ditimpa kesusahan.

Hal ini menjadi perhatian kepada kepimpinan dengan menyalurkan bantuan dan memastikan setiap individu mendapat pembelaan sebagaimana Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya yang dipengerusikan Puan Husna Rahaman.

Beliau bersama AJKnya mewakili Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah berkunjung ke Hospital Putrajaya serta turun padang menjejaki mereka di rumah. Antarnya ialah Puan Fauziah selaku Ketua Cawangan Jasmine dan Puan Rosnani iaitu Ketua Cawangan Lavendar.

Semoga dengan kunjungan yang dibuat dapat menzahirkan sokongan moral dan memberi kekuatan kepada mereka untuk terus sembuh dan kembali melaksanakan aktiviti seharian seperti sediakala.

21687913_217589012109685_8276070964416187445_n

21752187_217589092109677_848170838532927099_n (1)

%d bloggers like this: