‘Ketua Kampung’ Raikan Masyarakat India Sempena Sambutan Deepavali
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang lebih mesra disebut sebagai ‘ketua kampung’ telah meraikan masyarakat India tempatan dalam Jamuan Sambutan Deepavali Putrajaya.
Beliau yang beterima kasih pada semua yang hadir dan melahirkan penghargaan atas semangat kemasyarakatan yang ditunjukkan bersama-sama.
“Teruskanlah sokongan untuk bersatu padu dengan pastikan kesejahteraan dalam masyarakat kekal kukuh. Kita adalah masyarakat majmuk yang berkongsi pelbagai perkara termasuklah meraikan bersama perayaan yang ada di negara kita biarpun berlainan bangsa kerana kita hidup dengan kesatuan dalam kepelbagaian,” katanya.
Majlis jamuan yang berlangsung di Menara Seri Wilayah ini turut disertai oleh isteri beliau, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.
You must be logged in to post a comment.