Berita

BN WP Bentuk Gerak Kerja Lebih Teratur Untuk PRU

KUALA LUMPUR – Tekad Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan (WP) akan membentuk sistem kerja jentera parti yang lebih teratur dan jelas dalam mencapai sasaran kemenangan kita pada PRU nanti, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Jelasnya, inisiatif BN adalah menggerakkan jentera-jentera komponen untuk turun padang dan terus berkhidmat.

“Kita sentiasa berusaha mendekati serta menyelami masalah rakyat, kita mahukan kemenangan dalam PRU kerana khidmat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran JR. Plus 2.0 Peringkat Barisan Nasional Wilayah Persekutuan petang tadi.

IMG-20171015-WA0080

IMG-20171015-WA0079

IMG-20171015-WA0074

IMG-20171015-WA0071

IMG-20171015-WA0069