Sumbangan Prihatin Jadi Ikatan Antara Pemimpin dan Rakyat
PUTRAJAYA – Gerakan serampang dua mata menjadi alternatif utama dengan turun padang sambil menyelami permasalahan rakyat, merasai nadi masyarakat dan menanyakan keperluan mereka khususnya kepada individu yang dilanda kesulitan.
Selaras dengan itu, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya telah menggerakkan usaha untuk menghayati kesusahan akar umbi dengan turun sendiri meninjau, melihat dan menilai apa yang berlaku.
Melalui Pengerusi Bironya, Puan Husna Abd Rahaman, bersama-sama AJKnya telah berkunjung ke Hospital Putrajaya dan juga rumah-rumah pesakit di Presint 11 bagi menyampaikan sumbangan dan juga memberikan skokongan moral kepada mereka yang dilanda musibah dan kesihatan.
Semoga sumbangan yang dihulur akan dapat meringankan beban yang ditanggung dan dikembalikan kesihatan agar dapat menjalani aktiviti seharian seperti sediakala.
You must be logged in to post a comment.