Berita

Parlimen Jadi Tumpuan Pelajar Putrajaya

KUALA LUMPUR – Sidang Parlimen yang sedang berlangsung sekarang ini menjadi tumpuan kepada anak-anak Putrajaya untuk merasai pengalaman berada di Dewan Rakyat dengan ‘ketua kampungnya’ iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen Putrajaya bertugas.

Rombongan para pelajar dari SMK 9(2) Putrajaya telah disambut oleh Datuk Seri Tengku Adnan yang melahirkan rasa bangga kerana terujaan golongan muda untuk mengetahui proses pembentukan undang-undang yang melalui perbahasan dan perbincangan mendalam.

Bukan itu sahaja, para pelajar juga didedahkan dalam sesi soal jawab berkaitan kementerian-kementerian dengan tugasan dan tanggungjawab kea rah untuk mensejahterakan rakyat.

22852892_232497900618796_6896561661216967989_n