Berita

Sumbangan Wilayah Prihatin Bersama UMNO Bahagian Putrajaya

PUTRAJAYA – Gerakan menyusur akar menjejaki mereka yang memerlukan dibuat secara berterusan bagi memastikan kehidupan setiap individu terbela khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana bagi pembangunan masyarakat dalam semua aspek.

Sehubungan itu, melalui Biro Kebajikan UMNO Putrajaya yang dipengerusikan oleh Puan Husna Abd Rahaman sebagai wakil kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah berkunjung ke rumah-rumah mereka yang ditimpa musibah.

Melalui kunjungan ini, Puan Husna telah menyampaikan sumbangan selain memberikan sokongan moral kepada para pesakit dan keluarganya sebagaimana dilakukan di sekitar Presint 17, Presint 5 dan Presint 8.

Semoga dengan sumbangan yang dihulurkan akan dapat meringankan beban yang ditanggung dan dapat memberi sedikit keceriaan.

23559786_239178269950759_4157182675090607257_n

23621151_239178206617432_3264322115066452188_n