‘Ketua Kampung’ Putrajaya Jual Ikan Untuk Penduduk Setempat
PUTRAJAYA – Ketua Kampung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turun padang dengan menjaja sendiri ikan-ikan untuk dijual pada harga yang lebih murah kepada penduduk setempat.
Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya meraikan warga setempat dengan menyambut dan mengalu-alukan sendiri orang ramai memenuhi ruang jualan ikan-ikan seperti ikan kembung, tongkol dan cencaru.
Bersama dengan isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki, Tengku Adnan tidak menghiraukan hujan lebat lantaran sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan ikan segar pada harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.
“Ini adalah inisiatif bagi memastikan penduduk setempat mendapat pembelaan dengan mengurangkan beban perbelanjaan harian mereka iaitu menikmati harga ikan yang lebih murah daripada pasaran dengan kualiti yang baik,” katanya.
Semoga usaha yang dilakukan oleh ketua kampung ini akan terus mendapat sokongan daripada warga Putrajaya.
You must be logged in to post a comment.