Berita

Mantapkan Pemimpin Akar Umbi, Pastikan Kemenangan BN Untuk PRU-14

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengadakan perjumpaan secara berasingan dengan para pemimpin akar umbi membabitkan Ketua-ketua UMNO Cawangan, Ketua-ketua Wanita Cawangan Umno Wilayah Persekutuan dan Perjumpaan Ketua-ketua Pemuda Cawangan Umno Wilayah Persekutuan serta ketua-ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan.

Dalam pertemuan ini, beliau telah menekankan betapa pentingnya peranan pemimpin di akar umbi bagi memastikan kesuburan perjuangan UMNO dan seterusnya memenangi Pilihan Raya Umum kelak.

“Inilah barisan jentera akar umbi yang siap siaga menggempur WP untuk laksanakan khidmat bakti kepada rakyat, bukan utk PRU saja tapi setiap masa sanggup turun padang pastikan perjuangan UMNO terus dihayati,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau melahirkan penghargaan kepada semua pemimpin setempat yang sentiasa bertungkus-lumus untuk parti malah berharap gerak kerja ini akan dilipatgandakan menjelangnya semboyan Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

IMG-20171118-WA0033

IMG-20171118-WA0040

IMG-20171118-WA0076

IMG-20171118-WA0086

IMG-20171119-WA0011

IMG-20171119-WA0029

IMG-20171119-WA0043

IMG-20171119-WA0062

IMG-20171119-WA0076

IMG-20171119-WA0078

IMG-20171119-WA0085

IMG-20171119-WA0086

IMG-20171119-WA0088