Azahari Ibrahim Nafi Keluarga Tak Dapat Pembelaan, Tg Adnan Sentiasa Prihatin
PUTRAJAYA – Azahari Ibrahim, warga tempatan yang cerita keluarganya tular dalam media sosial kononnya gagal mendapat pembelaan dan bantuan daripada kerajaan termasuklah Ahli Parlimen setempat, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tampil memaklumkan cerita sebenar.
“Saya dengan rasa rendah hati dan sedih tularnya makluman mengenai keadaan keluarga saya.
Saya mengaku memang saya dan keluarga saya sedang menghadapi dugaan dengan kepayahan hidup ditambah pula dengan anak ketujuh saya yang disahkan mengidap leukimia. Saya amat berterima kasih kepada semua yang prihatin dengan keadaan keluarga saya.
“Saya juga ingin menjelaskan dan berterima kasih kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya yang selama ini tidak putus-putus menyampaikan bantuan kepada keluarga saya.”
Tegasnya, Datuk Seri Tengku Adnan dan UMNO Bahagian Putrajaya sentiasa prihatin selain tidak pernah mengabaikan keperluan serta kebajikan keluarganya.
“Ia bukan seperti yang ditularkan oleh pihak-pihak tertentu,” katanya.
Selaras dengan itu beliau sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yang sentiasa prihatin dan banyak membantunya selama ini.
Sebelum ini, tular dalam media sosial berkaitan keluarganya dengan sebelas orang anak termasuklah yang bersekolah, masih kecil dan ada yang menghidap penyakit kronik tetapi tidak mendapat pembelaan dan bantuan daraipada kerajaan termasuklah Ahli Parlimen setempat.