Berita

Ketua Kampung Usahakan Terbaik Untuk Rakyat, Jualan Ikan Separuh Harga Diteruskan

PUTRAJAYA – Ketua Kampung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengotakan janji bagi memastikan penduduk setempat menikmati harga barangan yang lebih rendah sebagaimana penjualan ikan segar separuh harga yang terus berlangsung di sini.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya bersama isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki turun padang tanpa menghiraukan keadaan cuaca dan hujan yang turun bagi melayani orang ramai yang berpusu-pusu membeli ikan-ikan segar.

Jualan ikan segar separuh harga di Putrajaya berlangsung sebulan sekali selepas kejayaannya sebelum ini.
Dengan pelaksanaan yang berterusan, warga setempat dapat menikmati kos yang lebih rendah selain mengurangkan beban dalam perbelanjaan seharian.

IMG-20180124-WA0025

IMG-20180124-WA0022

IMG-20180124-WA0030

IMG-20180124-WA0032

IMG-20180124-WA0042

IMG-20180124-WA0039