Berita

Muafakat Bersama Raikan Hari Lahir Beramai-ramai

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Lahir Beramai-ramai yang begitu sinonim dengan penduduk Putrajaya berlangsung dengan suasana harmoni dan penuh kemeriahan apabila majlis meraikan para penduduk di Presint 18 untuk rumah apartment berlangsung dengan jayanya.

Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’ bersama isteri Datin Seri Anggraini Sentiyaki melayani orang ramai dengan mesra dan meriah.

Acara kemuncak sebagai simbolik sambutan hari lahir tersebut ialah memotong pulut kuning dan menyuapnya yang dilakukan oleh ‘ketua kampung’ dan isterinya sendiri.

Terbukti, acara sedemikian dapat mengeratkan silaturrahim dan meningkatkan perpaduan para penduduk setempat.

IMG-20180124-WA0099

IMG-20180124-WA0102

IMG-20180124-WA0103

IMG-20180124-WA0105