Berita

Selamat Hari Thaipusam, Raikan Bersama Atas Kesatuan Dalam Kepelbagaian

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada penganut Hindu di sini.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengucapkan selamat bercuti kepada warga tempatan dengan terus memelihara keharmonian bersama.

Katanya, masyarakat Malaysia amat bertuah kerana dapat menjalani kehidupan dalam suasana harmoni dan berkongsi perayaan bersama-sama walaupun berlainan bangsa, berbeza anutan agama dan mempunyai budaya yang tidak sama.

“Inilah kesatuan dalam kepelbagaian yang menjadi kunci kesejahteraan negara kita,” katanya.