Berat Sama Dipikul Untuk Rasai Denyut Nadi Rakyat
PUTRAJAYA – Keutamaan dalam memastikan kesejahteraan masyarakat sentiasa jadi perhatian sebagaimana direalisasikan oleh isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.
Beliau telah turun padang untuk melawat dan memberi bantuan kepada warga yang sakit di Putra Harmoni, Presint 9 di sini.
Kehadiran beliau bukan sahaja dapat mengurangkan beban yang ditanggung tetapi juga memberi sokongan moral kepada pesakit bagi terus tabah berdepan dugaan.
Semoga mereka yang dilanda keuzuran segera sembuh dan dapat kembali menjalani aktiviti harian.
You must be logged in to post a comment.