Berita

Selamat Hari Wilayah, Kekalkan Wilayah Ceria Untuk Rakyat Sejahtera

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru masyarakat setempat dan warga Wilayah Persekutuan keseluruhan untuk bersama-sama meraikan Hari Wilayah dengan semangat bagi meningkatkan rasa cinta dan memastikan kelestarian berpanjangan.

Katanya, gagasan Wilayah Persekutuan adalah contoh kepada kawasan lain bukan sahaja dari segi pembangunan, kemajuan dan pemodenannya tetapi juga kesejahteraan dan keharmonian masyarakatnya.

“Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018 kali ini terus mengekalkan tema ‘Wilayah Ceria, Rakyat Sejahtera’ sebagai aspirasi untuk menjadikan Wilayah sebagai sebuah bandar yang memenuhi aspek persekitaran harmoni, dengan kehidupan rakyat yang selesa dan selamat,” katanya.