Berita

20,000 Warga Tempatan Raikan Kenduri 1WP Putrajaya

PUTRAJAYA – Lebih 20,000 warga tempatan meraikan program Kenduri 1Wilayah Persekutuan merangkap Hari Keluarga Putrajaya yang membuktikan kesepakatan dalam merealitikan ‘Wilayah Ceria, Rakyat Sejahtera’.

Program yang bermula seawal pukul 7.00 pagi telah diserikan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan acara kekeluargaan dan berkumpulan.

Sehubungan itu, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’ menghargai kehadiran orang ramai untuk turut serta dalam pelbagai acara yang dibuat.

“Saya berterima kasih pada semua yang hadir dan menjayakan pelbagai acara hari ini.

“Program ini bukan hanya dibuat sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018 tapi juga adalah untuk menyemarakkan perpaduan dalam keluarga besar masyarakat di Putrajaya,” katanya yang turut bersama-sama warga setempat dalam pelbagai aktiviti bersama isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

IMG-20180211-WA0021

IMG-20180211-WA0022

IMG-20180211-WA0019

IMG-20180211-WA0012

IMG-20180211-WA0003