Berita

Terima Kasih Warga Putrajaya, Jayakan Kenduri 1WP & Hari Keluarga

PUTRAJAYA – Permuafakatan dan semangat yang bersatu padu menyumbang kepada kejayaan dalam apa-apa juga program termasuklah Acara Kenduri 1Wilayah Persekutuan dan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya.

Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor amat menghargai penglibatan warga tempatan yang menunjukkan kebersamaan dalam pelbagai acara.

“Saya amat berterima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus untuk bersama-sama menjayakan apa sahaja program yang dijalankan termasuklah acara hari keluarga baru-baru ini.”

Ujarnya, beliau amat berbangga kerana warga Putrajaya telah menunjukkan satu kerjasama atas semangat kekeluargaan dengan penglibatan dari semua latar belakang dan peringkat usia.

Beliau berkata demikian dalam majlis jamuan makan malam meraikan petugas-petugas UMNO Bahagian Putrajaya atas kejayaan hari keluarga dan Kenduri1Wilayah Parlimen Putrajaya baru-baru ini.

“Kita telah menunjukkan satu kesatuan dan telah sama-sama menjayakan macam-macam acara dan aktiviti atas semangat kekeluargaan.

“Saya amat menghargai usaha yang dibuat dan semoga apa yang kita lakukan untuk permuafakatan dan kelangsungan perjuangan UMNO terus bersemarak,” katanya lagi.

IMG-20180222-WA0007

IMG-20180222-WA0006

IMG-20180222-WA0005

IMG-20180222-WA0004

20180222_225828