Berita

Briged 2314 Pemuda Pastikan Kemenangan BN Pada PRU-14

KUALA LUMPUR – Anggota Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan perlu mainkan peranan penting dekati golongan muda untuk pastikan kemenangan BN pada  pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Pada pelancaran Briged Gempur 2314 Pemuda BN Wilayah Persekutuan hari ini telah disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam program bersama Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin, telah menegaskan bahawa tugas anggota pemuda bukan sekadar menampal poster, memasang bendera BN dan menyertai konvoi  bermotosikal ke setiap kawasan.

“Tugas mereka adalah menjelaskan kepada pengundi muda apa yang kerajaan BN telah lakukan untuk golongan muda sejak memenangi PRU yang lepas.

“Banyak program dan peluang telah ditawarkan kepada golongan muda khususnya di Kuala Lumpur seperti peluang pekerjaan, pendidikan, latihan keusahawanan, peluang perniagaan, tawaran pemilikan rumah dan sebagainya,” kata Khairy.

Briged Gempur 2314 digerakkan bagi membantu BN memenuhi sasaran meraih majoriti dua pertiga daripada keseluruhan kerusi parlimen yang dipertandingkan dalam PRU14.

IMG-20180224-WA0071

IMG-20180224-WA0065

IMG-20180224-WA0055

IMG-20180224-WA0060

IMG-20180224-WA0039

IMG-20180224-WA0028