Berita

10,000 sertai Konvoi Berbasikal Wanita 2018

PUTRAJAYA – Kira-kira 10,000 peserta menyertai Konvoi Berbasikal Wanita 2018 yang berlangsung di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Program yang diadakan bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2018 itu bertujuan untuk mengalakkan gaya hidup sihat dan aktif di dalam kalangan wanita khususnya warga kota.

Aktiviti itu dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Badan Amal Kasih Ibu Kesejahteraan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan Biro Sukan UMNO Putrajaya.

Pelepasan peserta kayuhan disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beberapa selebriti wanita tanah air antaranya Farah Wahida, Amber Chia, Maria Tunku Sabri dan Alyah memeriahkan acara kayuhan yang terbahagi kepada dua laluan iaitu 10 kilometer (km) dan 25km

Dipetik dari: http://www.utusan.com.my

IMG-20180310-WA0029

IMG-20180310-WA0043