Pilihlah BN, Terbukti Track Record Untuk Rakyat dan Negara

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan para pengundi agar melihat kepada bukti dan track record parti untuk terus memimpin negara kelak bagi dipilih dalam pilihan raya akan datang.

“Saya minta agar semua pengundi membuat pilihan yang tepat dalam memilih pemimpin, lihatlah pada parti yang dah ada track record… bukan parti orang kecewa atau parti orang yang ada agenda peribadi.”

Beliau yang juga ketua UMNO Bahagian Putrajaya atau lebih sinonim dengan panggilan ketua kampung berkata demikian dalam Program Ramah Mesra bersama pengundi Putrajaya yang berasal dari Selangor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

“Tetapkanlah pilihan pada BN yang telah terbukti mampu membawa kemajuan dan pembangunan kepada rakyat dan negara. Tak usah kita ragu kerana sudah 61 tahun BN menerajui pentadbiran negara ini,” katanya lagi.

Turut bersama meraikan para pengundi terbabit ialah isteri beliau, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

IMG-20180314-WA0040

IMG-20180314-WA0045

IMG-20180314-WA0037

IMG-20180314-WA0048

IMG-20180314-WA0032

IMG-20180314-WA0041

%d bloggers like this: