Berita

Kekalkan Bersatu, Bersetia, Berkhidmat Untuk Kemenangan BN Pada PRU14

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak para pemimpin akar umbi untuk terus kekal bersatu, bersetia dan berkhidmat kepada parti yang benar-benar berjasa bagi memastikan Putrajaya terus kekal
bersama Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya atau lebih sinonim dengan panggilan ‘ketua kampung’ berharap para pemimpin akar umbi akan mengaplikasi segala usaha dan gerak kerja yang telah dilaksanakan bagi memastikan BN beroleh kemenangan yang besar.

“Saya percaya kepada anda semua untuk terus menyemarakkan perjuangan UMNO di Putrajaya dan seterusnya memastikan kemenangan BN pada PRU akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program perjumpaan bersama ketua cawangan dan ketua sayap UMNO Putrajaya. Turut bersama beliau ialah isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

29543329_1653183338050275_7395957107440043114_n

29570446_1595997537103189_3070072946099877976_n

29595252_1653182791383663_1200684842323894515_n

29597650_1595997610436515_359734181450567330_n

29597891_1595997567103186_1142941366340621583_n

29694619_1595997470436529_4665073673248852585_n