Program Bantuan Pemakanan Bukti BN Kerajaan Prihatin
PUTRAJAYA – Program Bantuan Pemakanan, yang melibatkan 1,600 pelajar dari 105 sekolah menengah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dikenal pasti membuktikan kerajaan BN melalui pelbagai agensi sentiasa berusaha untuk membantu dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat tanpa mengira warna kulit, agama mahupun ideologi politik.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan berkata makanan berkhasiat percuma tersebut menggunakan peruntukan keseluruhan bernilai RM10 juta.
Katanya, yayasan itu akan menyediakan bekas khas kepada pengusaha kantin dan setiap hidangan mengandungi makanan yang berkhasiat dan seimbang agar para pelajar dapat memberi tumpuan pada pembelajaran dalam kelas seterusnya dapat meningkatkan prestasi akademik mereka.
“Program ini adalah bagi mengatasi permasalahan ketidakhadiran ke sekolah berpunca daripada ketiadaan wang saku dan ada yang terpaksa melakukan kerja sambilan. Saya minta yayasan meneliti dan mengkaji siapakah pelajar-pelajar yang benar-benar memerlukan bantuan,” katanya dalam Program Bantuan Pemakanan Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 18 (1 hari ini.
You must be logged in to post a comment.