V4Putrajaya Semai Semangat Cintakan Negara
PUTRAJAYA – Program Volunteer For Putrajaya (V4Putrajaya) dapat me¬nyemai semangat cintakan negara dalam kalangan ge¬nerasi muda dan menghargai kesejahteraan yang dikecapi hari ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, usaha bagi mewujudkan V4 Putrajaya adalah tanda sokongan kepada golongan muda di samping menerapkan nilai-nilai murni dikalangan mereka.
“Generasi muda mempunyai semangat yang sangat tinggi dan tentunya untuk mendidik mereka cintakan negara serta sukakan semangat kesukarelawan adalah bermula dari usia muda iabarat kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya,” katanya.
Ujarnya, dengan adanya sukarelawan yang mempunyai ketahanan dan kesungguhan tentunya lebih banyak usaha yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan berlangsung dengan lebih lancar.
“Terima kasih semua anak muda, saya amat menghargai sokongan anda semua dan marilah teruskan kesinambungan semangat kemajuan dan pembangunan untuk generasi seterusnya,” ujarnya selepas melancarkan program V4 Putrajaya di sini hari ini.
You must be logged in to post a comment.