Dahulukan Rakyat, Pastikan Kesejahteraan Jadi Keutamaan

PUTRAJAYA – Kerajaan sentiasa memastikan rakyat selesa dan terbela dalam apa-apa juga keadaan termasuklah pelaksanaan fardu kifayah dengan penyempurnaan pengurusan jenazah, kata ‘ketua kampung’, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Jelasnya, atas usaha kerajaan yang bertanggungjawab, pelbagai pihak dapat memainkan peranan untuk kesejahteraan bersama.

“Ada perkara yang parti Barisan Nasional (BN) laksanakan sendiri dan ada perkara yang kita menjadi saluran agar pihak lain dapat menyampaikan sumbangan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyerahan van jenazah sumbangan Bank Rakyat Malaysia kepada Surau Al-Furqan di Presint 11 di sini.

IMG-20180419-WA0048

IMG-20180419-WA0028

IMG-20180419-WA0051

%d bloggers like this: