Berita

Teruskan Fokus Bersama BN Untuk Realiti ‘Hebatkan Negaraku’

PUTRAJAYA – Ketua Kampung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak para pengundi untuk terus komited dengan menilai parti-parti politik yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan melakukan perbandingan dengan Barisan Nasional (BN) yang menjadi teraju kepimpinan selama ini.

Katanya, dengan ‘track record’ yang telah dilakukan oleh BN berbanding dengan kepimpinan parti dalam pakatan harapan yang telah berkerajaan maka tentunya penilaian dapat dibuat.

“BN mengekalkan kecemerlangan dengan membawa kemajuan dan pembangunan kepada keseluruhan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang atau kedudukan yang tentunya kesejahteraan dapat dikecapi bersama,” kaanya dalam majlis santai bersama pengundi yang berlangsung di kediaman beliau di Presint 10, di sini.

Selaras dengan itu, beliau menyarankan para penyokong BN untuk terus komited, fokus dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN pada PRU-14.

IMG-20180419-WA0080

IMG-20180419-WA0078

IMG-20180419-WA0072

IMG-20180419-WA0069