Berita

Ketua Kampung Ajak Rakyat Teruskan Konsep ‘Ringan Sama Dijinjing, Berat Sama Dipikul’

Putrajaya – Ketua kampung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak masyarakat setempat untuk terus melaksanakan konsep ‘ringan sama dijinjing, berat sama dipikul’ dengan menjaga kebajikan penduduk termasuk mereka kurang kemampuan.

Katanya, sikap sedemikian sudah sebati dalam masyarakat Malaysia dan menjadi amalan untuk warga Putrajaya.

Beliau selaku penyandang kerusi Parlimen Putrajaya akan kembali bertanding di sini dengan ditentang oleh dua calon daripada Pakatan Harapan dan PAS.

“Saya menyerahkan kepada pengundi untuk menentukannya kerana saya yakin para pengundi bijak untuk melakukan pilihan. Pada saya, saya dah lakukan terbaik untuk penduduk di Putrajaya dan kita juga,” katanya selepas menghadiri majlis penyerahan peruntukan bagi Pembinaan Surau Presint 8E di sini, hari ini.

IMG-20180422-WA0106