Berita

Bantuan Ihya’ Ramadan Imarahkan Kedatangan Bulan Mulia

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyempurnakan majlis Penyampaian Bantuan Ihya’ Ramadan dan Watikah Ketua Amil dan Amil Zakat Fitrah Tahun 1439H/2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Tengku Adnan berkata, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyumbangkan RM6.956 juta kepada 84 masjid, 108 surau Jumaat dan 486 surau yang berdaftar di Wilayah Persekutuan termasuk Labuan dan Putrajaya bagi tujuan pengimarahan Ramadan, Kebersihan dan Keceriaan sempena kedatangan Ramadan tidak lama lagi.

“Setiap masjid akan menerima sumbangan sebanyak RM12,000 manakala surau Jumaat dan surau pula menerima RM10,000,” katanya.

Selain itu, MAIWP turut melantik 880 Ketua Amil dan Amil bagi 73 pusat pungutan zakat di kawasan yang telah ditetapkan di Wilayah Persekutuan. Kadar zakat fitrah bagi Wilayah Persekutuan tahun ini adalah RM7 seorang.