Berita

Tsunami PHitnah: Pembangkang Akan Lakukan Apa Sahaja Kerana Mereka Tahu Akan Kalah – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pembangkang tahu mereka akan kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini dan kerana itulah mereka begitu agresif menabur fitnah termasuk memburukkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya badan berkecuali itu akan menyorok peti undi demi memberi kemenangan kepada BN.

Jelas beliau, ini adalah taktik biasa pembangkang untuk merosakkan minda para pengundi.

“Pembangkang ini akan buat segala-galanya. Mereka sudah tahu nak kalah jadi mereka akan buat macam-macam onar. Saya percaya SPR akan laksanakan amanah yang diberi dengan penuh tanggungjawab.

“Kita mengikut undang-undang, mengikut perlembagaan negara. Kita juga akan akur apa yang diputuskan oleh SPR… Bukan macam mereka,” bidas beliau ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Nur Ramadan Kepada Surau-Surau Putrajaya di Surau Jumaat Mahmoodiah, Presint 18 di sini malam ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap pembangkang yang datang ke Putrajaya semasa ceramah Tun Mahathir baru-baru ini.

“Masa mereka datang Putrajaya… bila keluar mereka cat poster muka saya… muka (Datuk Seri) Najib. Janganlah macam ini… Jangan didik anak-anak kita jadi bangsa yang tidak tahu menghormati orang, tidak mempunyai maruah,” tegas beliau.

Untuk rekod, dalam kempen PRU-14 ini, pembangkang seringkali mengitar semula fitnah lama dengan menuduh akan berlakunya tipu peti undi dan kertas undi palsu kononnya untuk memberi kemenangan kepada BN.

Pada Rabu ini sebanyak 222 kerusi Parlimen, 505 Kerusi Dewan Undangan Negeri akan direbut oleh ketiga-tiga gabungan parti politik terbesar – BN, Pakatan Harapan dan