Berita

Tahniah Kepimpinan Sayap Baru Putrajaya, Selamat Berkhidmat

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan tahniah dan syabas atas kemenangan semua kepimpinan sayap UMNO pada pemilihan parti.

Katanya, pembaharuan UMNO melalui keterbukaan pemilihan tanpa syarat tertentu di semua peringkat membolehkan setiap ahli UMNO bertanding bagi semua jawatan.

Semoga kepimpinan yang baru ini akan dapat mengembalikan perjuangan UMNO untuk kembali bangkit demi agama, bangsa dan negara.

Dalam pemilihan kepimpinan sayap Wanita, Puan Husna Abdul Rahman menjadi teraju dan Dr Tengku Iqbal Munawwir Tengku Adnan menjadi Ketua Pergerakan Pemuda sementara Ketua Pergerakan Puteri ialah Jumaitul Laily Zakiah Ismail