Selamat Bersidang, Teruskan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara
PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat bersidang kepada para perwakilan UMNO yang akan menunaikan tanggungjawabnya selaku ahli UMNO dan dalam masa yang sama memilih bagi menentukan barisan kepimpinan UMNO.
Beliau melahirkan harapan agar anggota parti akan mengaplikasikan persidangan ini bagi memilih barisan kepimpinan terbaik bagi meneruskan perjuangan UMNO dan mengembalikan ia untuk bangkit kembali menjadi tunjang negara.
Lebih 100 ribu perwakilan UMNO dari 191 Bahagian memulakan persidangan serentak dengan pemilihan bagi menentukan barisan kepimpinan parti di semua peringkat iaitu pusat dan bahagian.
Bagi peringkat Pusat, semua jawatan dipertandingkan secara terbuka dengan melibatkan 140 orang calon yang menawarkan diri bertanding dalam Pemilihan UMNO 2018 telah pun dimuktamadkan selepas semua calon berdaftar disaring mengikut kelayakan dalam perlembagaan parti dan Jabatan Insolvensi.