Berita

Wanita UMNO Putrajaya Tekad Perkemas Gerak Kerja

PUTRAJAYA – Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya yang mengadakan mesyuarat kali pertama dalam sesi 2018-2021 bertekad untuk memperkemas gerak kerja dalam memastikan perjuangan UMNO sebagai wadah yang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi agama, bangsa dan negara terus bersemarak.

Mesyuarat kali pertama ini telah dipengerusikan oleh ketuanya, Puan Husna Abdul Rahaman sebagai teraju kepimpinan baharu di sini.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya telah melaksanakan upacara angkat sumpah sebagai tanggungjawab dalam memikul amanah parti di sini.

Mesyuarat yang diadakan di pejabat UMNO Bahagian Putrajaya telah berlangsung dengan lancar dan semua anggota jawatankuasa komited untuk meneruskan khidmat bakti kepada parti.