Fokus Hala Tuju Teruskan Perjuangan UMNO
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya terus fokus kepada usaha bagi memastikan sokongan rakyat dalam semua peringkat tetap kepada perjuangan UMNO iaitu demi mendukung cita-cita kebangsaan dalam mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.
Selaras dengan itu, gerak kerja diperhalusi melalui pertemuan, perbincangan dan mesyuarat dalam mewujudkan kepelbagaian pandangan dan meraikan perbezaan idea dikalangan ahli jawatankuasanya dengan keutamaan adalah hala tuju perjuangan UMNO terlaksana.
Pertemuan yang dilaksana di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagiannya, Tun Faisal Ismail Aziz yang turut memberikan penerangan berkaitan isu-isu semasa selain menyampaikan matlamat utama UMNO Putrajaya ketika ini.
Pertemuan tersebut yang dihadiri oleh kepimpinan akar umbi melibatkan ketua-ketua Cawangan UMNO Putrajaya telah berlangsung dengan jayanya dan anggota parti yang hadir terus bersemangat dalam menyemarakkan kelangsungan perjuangan UMNO.
Semoga usaha yang berterusan akan membuahkan hasil dan UMNO akan tetap menjadi pilihan warga Putrajaya. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.