Berita

Bacaan Yassin dan Tahlil Gerakkan Puteri UMNO Bersama Masyarakat Setempat

PUTRAJAYA – Usaha untuk mengakrabkan komuniti setempat dengan melibatkan para penduduk setempat bersama-sama pemimpin UMNO bukanlah gerakan bermusim tetapi ia dilaksana berterusan tanpa mengira masa atau melihat kepada perkembangan situasi politik kerana apa yang penting adalah kebersamaan Adan kesejahteraan bersama.

Lantaran itu, sebagaimana kebiasaan, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai Cik Jumaitul Laily Zakiah telah bersama-sama dalam program bacaan surah Yassin dan tahlil mingguan.

Kali ini, program tersebut diadakan di Dewan Block 6E, yang melibatkan Cawanga Bunga Kantan, di sini.

Sehubungan itu,

Puteri UMNO Bahagian Putrajaya melahirkan rasa syukur atas kelancaran program yang berlangsung secara sederhana tetapi berjalan tanpa sebarang masalah selain mendapat kerjasama dari penduduk setempat.

Semoga Allah SWT terus memberkati usaha yang dibuat dengan perjuangan demi agama, bangsa dan negara terus bersemarak. – UMNOPutrajaya