Salam Maulidur Rasul, Bersama Hayati Sirah Rasulullah SAW

PUTRAJAYA – Hari ini ialah hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad saW. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Putrajaya yang lebih sinonim dengan panggilan ‘ketua kampung’, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak seluruh umat Islam untuk bersama-samamenjadikan Rasulullah SAW sebagai ‘uswah hasanah’ iaitu contoh tauladan yang baik.

“Pada Maulidur Rasul kali ini marilah kita sama-samamenginsafi diri serta merenung untuk memperbaik diri agar dapat menjadi ummah yang baik serta memberi manfaat dalam meningkatkan syiar Islam di negara kita,” katanya.

Ujarnya, sirah Rasulullah SAW banyak dapat dijadikan panduan khususnya dalam keadaan rakyat ditekan dan Islam mula di menjadi bahan permainan segelintir pihak.

“Rasulullah SAW telah menjadi contoh kepada kehidupan sebenar seorang Muslim, maka marilah kita bersama-sama melihat bagaimanakah sifat dan keperibadian Rasulullah SAW boleh memberi kekuatan kepada kita untuk memperbaiki diri bagi menyahut cabaran dalam perjuangan kita seharian.

“Sebagai umat Islam, kita perlu mengembalikan penghormatan dunia terhadap umat Islam dengan semangat juang yang tinggi, usaha tanpa henti selain doa yang sentiasa dipanjatkan kepada Ilahi,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya

%d bloggers like this: