UMNO Putrajaya Tolak ICERD

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya bersama-sama menyertai ratusan ribu peserta dalam Himpunan Daulat 812 yang diadakan di Dataran Merdeka sebagai tanda kesyukuran atas penolakan kerajaan terhadap ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Kesungguhan UMNO Bahagian Putrajaya untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan adalah berteraskan Kedaulatan Undang-undang dengan dizahirkan bersama-sama berarak yang turut disertai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz.

Himpunan tersebut mengikut prosedur pihak berkuasa iaitu ada surat jemputan rasmi yang ditandatangan penganjur, ada kebenaran pihak berkuasa, malahan lebih 100 peguam disediakan bagi memastikan pesertanya mematuhi perundangan (law abiding citizen). – UMNOPutrajaya

%d bloggers like this: