Berita

Ziarah Prihatin Akrabkan UMNO Dan Masyarakat Setempat

PUTRAJAYA – Kebajikan masyarakat setempat terus menjadi keutamaan UMNO Bahagian Putrajaya melalui Program Ziarah Prihatin yang dikelolakan oleh Biro Kebajikannya dengan Puan Husna Abd Rahaman selaku pengerusi merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Putrajaya.

Melalui program turun padang kali ini, Ziarah Prihatin Kebajikan Parlimen Putrajaya telah berkunjung ke rumah pesakit dan menyampaikan sumbangan berupa kerusi roda bagi memudahkan pergerakan pesakitanya.

Semoga bantuan yang dihulur akan dapat memudahkan dan kesakitan yang dialami akan segera sembuh. – UMNOPutrajaya