Semoga Allah SWT Lindungi Pemimpin Kita Demi Agama, Bangsa Dan Negara

PUTRAJAYA – Warga tempatan khususnya para pemimpin di peringkat cawangan dan ahli-ahli UMNO Putrajaya telah menyertai majlis solat hajat dan bacaan Yasin yang diadakan di sini, malam tadi.

Majlis tersebut yang berlangsung lancar diadakan untuk memohon rahmat dan kesejahteraan dari Allah SWT agar kepimpinan UMNO dan para pejuangnya terus diangkat di jalan yang benar dalam usaha meneruskan kesinambungan perjuangan UMNO.

Majlis anjuran UMNO Bahagian Putrajaya tersebut telah dikelolakan oleh pergerakan Puteri UMNO Bahagian terbabit. – UMNOPutrajaya

%d bloggers like this: