Berita

Satu Lagi “Brainchild” YB KuNan Diiktiraf Kerajaan PH

PUTRAJAYA – Sejak lebih setengah tahun Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pentadbiran Kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional (BN), nampaknya masih tidak ada apa-apa pembaharuan yang dibuat selain ‘copy and paste’ apa-apa dasar dan tindakan yang telah dilakukan kerajaan terdahulu.

Terbukti, tindakan kerajaan PH mengaibkan kepimpinan terdahulu termasuklah mengheret ke mahkamah para pemimpin UMNO/BN yang komited berjuang untuk rakyat tidak akan dapat memadamkan idea pembangunan yang ditinggalkan mereka termasuklah ‘ketua kampung’ mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Berikut dikongsikan tulisan aktivis masyarakat untuk bacaan semua:

DUA hari lepas, YBhg Datuk Bandar KL telah memaklumkan untuk mengwujudkan “micro house” berkeluasan 270-350 kaki persegi dimana bayaran RM100 sebulan untuk diberikan secara sewa kepada golongan bujang B40 yg bekerja di sekitar dan tengah bandar KL bagi mengurangkan kos sara hidup mereka.

Usaha dan inisitatif ini sebenarnya telah dijalankan sejak Februari 2018 dimana satu eksperimen komuniti telah diadakan oleh syarikat Think City Sdn Bhd diatas keberkesanan dgn program ini dan bagi pemimpin muda ketika itu, saya amat bersetuju dengan inisiatif ini kerana ianya adalah salah satu “blue print” Pemuda UMNO WP kepada YB KuNan selaku Menteri WP.

Selepas program Baiti Jannati, program back to school YWP, pembinaan RUMAHWIP & council home utk golongan belia, program bas sekolah percuma di PPR, pemberian diskaun 50% bagi lesen penjaja dan banyak lagi yg diilham dan diusahakan bagi kebajikan rakyat oleh YB KuNan diteruskan dan kali ini program “micro house” diteruskan dan ini menampakkan YB KuNan adalah seorang YB Menteri WP yg bekerja dan amat peduli warganya.

Nak kata Menteri WP yang baru dan sudah hampir 8 bulan berlalu, beliau hanya mampu melancarkan surat khabar WilayahKu secara percuma untuk propaganda dan kepentingan politik beliau sahaja. Nasib baik ada legasi YB KuNan, kalau tidak “masuk angin” ajelah warga Wilayah Persekutuan.

Gulam Muszaffar
Aktivis Masyarakat
9hb Januari 2019