Berita

UMNO Putrajaya Teruskan ‘Bersatu, Bersetia Dan Berkhidmat’

PUTRAJAYA – Cogan kata UMNO, ‘Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat’ menjadi sandaran kepada UMNO Bahagian Putrajaya bagi meneruskan gerak kerja dalam memastikan perjuangan parti terus marak di akar umbi.

Keutamaan kepada rakyat menjadi landasan sebagaimana lawatan Biro Kebajikan Putrajaya kepada mereka yang ditimpa keuzuran termasuklah pesakit di Presint 18.

Lawatan tersebut telah dilaksanakn oleh Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Puan Husna Abd Rahaman merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Putrajaya bersama AJKnya.

Dalam kunjungan ini, sumbangan dihulur selain sokongan moral agar dapat meneruskan kehidupan serta sama-sama mendoakan agar kesembuhan dikembalikan dan dipermudahkan segala urusan . – UMNOPutrajaya