Khidmat Tanpa Henti, Ziarah Prihatin Aplikasi ‘Touch Point’ Dengan Rakyat
PUTRAJAYA – Gerakan turun padang menyusur akar bersama masyarakat dalam pelbagai keadaan sentiasa dilaksana tanpa henti sebagaimana aplikasi yang diutamakan oleh UMNO Bahagian Putrajaya melalui Biro Kebajikannya.
Menerusi Program Ziarah Prihatin yang sinonim dengan Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya berkonsepkan turun padang, `touch point’ berbentuk kemasyarakatan dan komuniti bermatlamatkan perpaduan, mesra rakyat dan mempunyai `feel good factor’.
Bersama para anggotanya yang diketuai oleh Puan Husna Abd Rahaman, Biro Kebajikan UMNO Putrajaya telah melakukan kunjungan ke Hospital Putrajaya bagi menziarahi En Azlan yang uzur.
Dalam masa yang sama, kesempatan juga diambil bagi menziarahi Puan Suhaizi yang baru sahaja menimang cahayamata lelaki baru-baru ini.
Semoga dengan kunjungan yang dibuat akan dapat memberikan sokongan meroal kepada mereka, yang uzur kembali sembuh dan anak Puan Suhaizi pula bakal menjadi insan yang soleh, insya-Allah. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.