BeritaRencana

Panjatkan Kesyukuran, Nur Ramadan Terus Meriahkan Putrajaya

PUTRAJAYA – Menjelangnya ketibaan bulan Ramadan Al-Kareem, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan kepada surau-surau di sekitar Putrajaya.

Melalui program tersebut, beliau telah melahirkan rasa syukur kerana sekali lagi Allah SWT telah mengurniakan rahmat dengan melimpahkan rezeki untuk dikongsi bersama-sama.

“Ini adalah acara kebiasaan bagi warga Putrajaya apabila menjelangnya bulan Ramadan iaitu semua surau-surau akan menerima sumbangan agar kita dapat memberikan bantuan dan sama-sama mengutamakan keselesaan kepada warga tempatan,” katanya.

Acara tersebut telah berlangsung dengan jayanya di rumah beliau di Presint 10, Putrajaya, di sini.
Dalam masa yang sama, Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya turut melaksanakan persidangan Cawangannya iaitu Cawangan Bunga Matahari.

Beliau berharap warga tempatan akan terus memberikan sokongan kepada UMNO untuk kelangsungan perjuangan demi agama, bangsa dan negara. – UMNOPutrajaya