Berita

‘Kacau Bubur Lambuk’ Satukan Kerjasama Warga Putrajaya

PUTRAJAYA – Kesepakatan dan persefahaman yang disemai menyemarakkan usaha bagi merealisasikan program ‘Kacau Bubur Lambuk’ UMNO Bahagian Putrajaya.

Menerusi program yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Putrajaya bersama Surau Al-Aziz, PR1MA, Presint 11, terserlah ikatan silaturrahim dalam semua peringkat usia tanpa mengira latar belakang masing-masing.

Turut memeriahkan program tersebut ialah kehadiran Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz yang memberikan sokongan kepada golongan muda dan ahli-ahli UMNO dalam menjayakan ‘Kacau Bubur Lambuk’.

Lebih bermakna, program yang diadakan di Surau Al-Aziz tersebut turut meraikan kehadiran anak-anak yatim selain penyampaian sumbangan diberikan.

Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Putrajaya, Jumaitul Laily Zakiah Ismail amat berbesar hati dan gembira kerana program ini telah berlangsung dengan jayanya.

Semoga usaha yang dibuat akan diberkati Allah SWT. – UMNOPutrajaya