Berita

Salam Nuzul Quran, Marilah Hayati Untuk Tingkatkan Ibadah – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan salam Nuzul Quran kepada semua umat Islam khususnya warga Putrajaya.

Beliau berharap agar Nuzul Quran ini akan dapat dihayati dalam usaha menambahkan usaha untuk terus beribadah kepada-Nya.

“Semoga kita dapat menghayati dan mengambil keberkatan sempena Nuzul Quran ini untuk terus istiqamah meningkatkan ibadah kita….

“Semoga Allah SWT terus merahmati kita semua,” katanya.

Nuzul Quran ialah merujuk kepada peristiwa turunnya ayat Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira, Mekah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda. – UMNOPutrajaya