Aktiviti & KomunitiBerita

Ketua Kampung Teruskan Khidmat Untuk Rakyat Walaupun BN/UMNO Hilang Kuasa

PUTRAJAYA – Bukan kerana kuasa, pangkat dan kedudukan tapi kerana tanggungjawab, amanah dan kepercayaan… biarpun Barisan Nasional/UMNO bukan lagi kerajaan tapi khidmat kepada rakyat tidak pernah terhenti.

Itulah sifat yang diserlahkan oleh ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian terbabit, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang lebih sinonim dengan panggilan ketua kampong.

Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, beliau telah mengadakan program dengan meraikan golongan asnaf dan warga emas sekitar Putrajaya termasuk memberikan bantuan berupa wang dan juga hamper bagi meringankan beban mereka.

“Alhamdulillah program tersebut berjalan lancer dan saya dapat menyampaikan sumbangan dari Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan kepada warga emas dan asnaf bagi meringankan bebanmereka.

“Program ini adalah acara tahunan yang dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha memastikan kebajikan rakyat diutamakan,” katanya dalam program yang berlangsung di rumah beliau di Presint 10, di sini, semalam. – UMNOPutrajaya