Berita

Hayati Perjuangan UMNO – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Bendahari UMNO merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak semua ahli parti untuk terus menghayati perjuangannya dan kekalkan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ kepada parti.

Katanya, UMNO terlalu banyak jasanya kepada rakyat khususnya bangsa Melayu.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian UMNO Bahagian Seputeh.

Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian-bahagian berlangsung selama dua bulan bermula 15 Jun lalu.

Masa yang panjang diberikan kepada setiap bahagian agar tidak terhimpit dengan waktu yang pendek untuk para pemimpin memberikan hala tuju dan semangat kepada ahli di peringkat akar umbi dan dapat memberikan strategi-strategi yang akan disusun atur bagi terus bergerak aktif. – UMNOPutrajaya