UMNO Putrajaya Terus Bersama Rakyat, Ziarah Prihatin Jadi Penghubung
PUTRAJAYA – Pepatah Melayu ’berat sama dipikul, ringan sama dijinjing; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah’ menjadi gambaran jelas bagaimana keprihatinan UMNO Bahagian Putrajaya untuk bersama-sama rakyat dalam apa jua keadaan.
Melalui program Ziarah Prihatin, Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya telah bertindak turun padang mewakili pemimpinnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menyusur akar dengan menziarahi mereka yang uzur dan ditimpa musibah.
Program Ziarah Prihatin ini sememangnya bukanlah asing bagi penduduk Putrajaya kerana ia menjadi acara tetap dalam mendekati dan mengambil berat permasalahan penduduk setempat.
Pengerusi Bironya, Puan Husna Abdul Rahaman bersama para ahli jawatankuasanya akan bersama-sama mengunjungi mereka yang sakit dan ditimpa masalah kesihatan dengan menziarahi mereka di hospital atau di rumah.
Selain sedikit sumbangan dihulur, sokongan moral juga diberikan agar mereka yang sakit akan kembali sembuh serta tabah berdepan dengan pelbagai dugaan. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.