Berita

Salam Maulidur Rasul… Marilah Contohi Rasulullah SAW

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak warga tempatan khususnya umat Islam untuk bersama-sama mencontohi Nabi Muhammad SAW sempena dengan Maulidur Rasul.

Katanya, Rasulullah adalah contoh terbaik untuk diikuti dari semua segi yang akan menjadikan kita insan lebih baik.

“Sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita sama-sama perkukuh ukhwah dan tingkatkan keazaman untuk menjadikan Baginda sebagaio pedoman agar kita dapat menjadi lebih baik dari sehari ke sehari,” katanya.

Ujar beliau, tauladan kisah hidup Rasulullah bukan hanya boleh dijadikan panduan bagi kehidupan peribadi tetapi juga dalam amalan bermasyarakat.

“Kemajmukan masyarakat di negara kita adalah keunikan yang perlu kita sama-sama semai dan pelihara dan cabaran masyarakat berbilang kaum bukan perkara baru, kerana pada zaman Rasulullah SAW, Baginda juga telah menyatuan kaum-kaum yang ada.

“Ayuhlah, sempena Maulidur Rasul ini, dalam usaha untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada-Nya, marilah kita perkukuh permuafakan dan silaturrahim dalam masyarakat,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya