Berita

‘Klinik Putrajaya’ Terus Jadi Tumpuan, Khidmat Kepada Rakyat Tanpa Henti

PUTRAJAYA – Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya atau lebih dikenali dengan ‘Klinik Putrajaya’ di bawah tanggungjawab Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sentiasa komited meneruskan usaha bersama masyarakat setempat dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan warganya.

Klinik Putrajaya ini sememangnya amat sinonim dengan masyarakat di sini yang menjadi ruang dan peluang kepada mereka untuk mengadu nasib dan menyuarakan kesulitan selain memohon bantuan atas kesusahan yang dihadapi.

Sememangnya ia bukanlah perkara baru kerana Klinik Putrajaya telah banyak membantu rakyat dalam hal-hal seharian termasuklah pelbagai permasalahan yang dihadapi.

Namun demikian, kelancaran pelaksanaan Klinik Putrajaya ini terjejas sejak kerajaan pusat bertukar tangan kepada pentadbiran Pakatan Harapan (PH). Kesannya amat dirasai oleh penduduk Putrajaya ekoran pelbagai isu tidak mendapat sokongan dari kerajaan Pusat untuk diselesaikan apatah lagi Ahli Parlimennya adalah dari pihak pembangkang.

Selaku wakil rakyat, Datuk Seri Tengku Adnan sentiasa berusaha memastikan warga Putrajaya mendapat manfaat dalam kemakmuran dan kesejahteraan bersama dengan prihatin terhadap permasalahn rakyat.

Namun begitu, kerajaan Pusat ‘berlepas tangan’ sedangkan sewajarnya mereka meyokong apa-apa usaha ke arah kelestarian rakyat. Pemimpin-pemimpin kerajaan sentiasa diharap untuk memberikan sokongan dalam memastikan keselesaan semua pihak dan membantu demi kesejahteraan rakyat.

Biarpun perit, rumit dan pelbagai kesukaran dilalui namun Klinik Putrajaya ini sentiasa melayan dan memenuhi kehendak rakyat yang datang ke sini. – UMNOPutrajaya