Berita

Selamat Tahun Baru 2020, Ayuh Teruskan Perjuangan

Alhamdulillah. Kita menjengah tahun 2020. Tahun baru yang membuat kita kembali menilai masa lalu untuk menjengah masa hadapan. Antara ruang dan peluang, kita mempunyai pilihan sebagaimana antara janji dan realiti yang telah kita hadapi dalam kerajaan lama, BN dan kerajaan kini PH. Kita telah melaluinya dan kita boleh melakukan penilaian untuk masa hadapan melalui peluang yang ada.

Ayuhlah kita melangkah ke tahun baru dengan keazaman untuk terus tabah berdepan dugaan dalam meneruskan perjuangan. Kita diduga dan diuji, kita perlu kental dan teruskan melangkah.

Selamat Tahun Baru 2020

TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR