Berita

Raikan Tahun Baru Cina Dalam Semangat Muhibah Dan Perkukuh Perpaduan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru masyarakat tempatan untuk bersama-sama meraikan Tahun Baru Cina dengan semangat muhibah dan memperkukuh perpaduan.

Katanya, dalam suasana masyarakat Malaysia yang majmuk, sambutan setiap perayaan diraikan bersama.

“Inilah kesatuan dalam kepelbagaian yang ada dalam negara kita, berkongsi sambutan perayaan biarpun berlainan bangsa,” katanya yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Katanya semangat toleransi dan kebersamaan ini perkulah terus dipelihara bagi memastikan kesejahteraan berpanjangan. – UMNOPutrajaya