Mesyuarat Khas UMNO Putrajaya Pastikan Siap Siaga Berdepan Sebarang Kemungkinan
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya telah mengadakan mesyuarat Khas yang dipengerusikannoleh Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Mesyuarat yang berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya ini dibuat bagi memastikan isu-isu semasa khususnya perkembangan kemelut politik negara yang masih berlarutan.
Datuk Seri Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya telah memberikan penerangan terperinci berkaitan kronologi politik sehingga keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan.
Namun apa yang penting adalah kesiapsiagaan UMNO untuk berdepan dengan apa juga situasi semasa termasuklah kemungkinan pilihan raya diadakan ekoran keadaan politik yang tidak menentu. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.